Teori Konstruktivisme Jean Piaget
Ahli psikologi kognitif yang paling terkemuka ini,
Jean Piaget, melihat kanak-kanak sebagai murid aktif yang belagak seperti
“saintis kecil”. Mereka membina teori sendiri tentang bagaimana dunia berfungsi
dan mencari jalan untuk mengesahkan hati nurani ini. Penyelidikan Piaget
tertumpu kepada bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan, yang biasanya
dipanggil sebagai “soalan epistemology”. Piaget berpendapat bahawa di sepanjang
hayat, manusia melalui satu urutan empat peringkat. Pemikiran secara
kualitatif.
Bayi memperoleh ilmu pengetahuan berdasarkan
pengalaman sensori penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau.
Kanak-kanak prasekolah berkembang daripada peringkat memperoleh ilmu
pengetahuan tentang dunia melalui persepsi mereka terhadap pengalaman sendiri
di dunia. Kanak-kanak yang lebih dewasa mula mengaplikasikan peraturan logik
untuk memahami bagaimana dunia berfungsi.
Remaja, dan Dewasa berkembang ke peringkat di mana
mereka boleh mengaplikasikan logik kepada situasi andaian (hypothetical) dan
sebenar.Sebagai tambahan, Piaget percaya bahawa manusia sentiasa mencuba memberi
pengertian tentang dunia dengan membuat membandingkan kefahaman dalaman mereka
tentang bagaimana dunia berfungsi dengan persekitaran luaran.
Beliau
mencadangkan empat prinsip konsep antaranya adalah satu proses berterusan
menyusun maklumat dan pengalaman ke dalam sistem mental atau kategori. Sistem
mental atau kategori persepsi dan pengalaman ini dinamakan skema. Ia sebenarnya
adalah pembinaan asas blok pemikiran yang membolehkan kita berfikir. Contoh
skema adalah skema minum, skema kategori, skema penyelesaian masalah matematik
dan lain-lain.
- Adaptasi
Dalam proses mengorganisasi struktur mental kita, kita akan membuat penyesuaian
terhadap persekitaran. Dua proses asas adalah asimilasi dan akomodasi.
- Asimilasi
Ia adalah proses memasukkan peristiwa baru ke dalam skema yang sedia ada. Ini
hanya seperti menambahkan data baru ke dalam fail data y ang sedia ada. Tetapi
data tersebut hendaklah sesuai dengan skema sedia ada. Dengan ini, asimilasi
melibatkan percubaan memahami sesuatu yang baru dengan cara menyesuaikannya ke
dalam sesuatu yang telah kita ketahui (Woolfolk, 1998). Contoh, pada peringkat
permulaan, seorang kanak-kanak akan memikirkan seekor hamster sebagai seekor
tikus belanda yang kecil. Kanak-kanak tersebut akan cuba memadankan pengalaman
barunya dengan skema yang sedia ada tentang cara mengenal pasti binatang.
- Akomodasi.
Ia berlaku semasa kita mengubah skema yang ada
dalam memberi respon kepada situasi yang baru. Ia melibatkan perubahan skema
sedia ada atau membentuk skema baru dalam memberi respon baru kepada maklumat
baru. Apabila maklumat baru tidak sesuai dengan skema yang ada, maka kita perlu
sesuaikan dengan pemikiran kita.Seperti contoh di atas, kanak-kanak tersebut
akan tambahkan skema baru untuk mengenali hamster kepada sistem lain untuk
mengenal pasti binatang. Ini dikatakan akomodasi.
semoga bermanfaat^^
No comments:
Post a Comment