Tuesday 26 March 2013

SIGMUND FREUD

TEORI PERKEMBANGAN SIGMUND FREUD

Sedikit perkongsian mengenai Sigmund Freud >

Beliau dilahirkan pada tahun 1856 di Chechoslovakia dan merupakan seorang doktor perubatan namun minat beliau mendalam dalam bidang psikologi dan psikiatri.Menurut Freud, personaliti manusia boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu id, ego dan superego

  • Id ialah personaliti tidak sedar yang menekankan kepuasan serta merta tapi inginkan keseronokan ketahap maksimum.Id merupakan tempat menyimpan segala keinginan manusia dan ia didorong oleh tenaga labido (seks) yang mengandungi desakan asas.
  • Ego ialah bahagian personaliti yang logos serta teratur.Ego mengawal Id supaya Id tidak mengawal norma-norma hidup
  • Superego ialah bahagian personaliti yang bermoral.Superego berkembang secara beransur-ansur apabila kanak-kanak berinteraksi dengan ibu bapa dan gurunya
Berikut merupakan peringkat dalam teori Freud:



Peringkat oral ( 0-1 tahun)
Peringkat oral bermula dari kanak-kanak 0 hingga 1 tahun.
Ciri-ciri:
·         Kanak-kanak perlukan kasih sayang dan kepuasan dari ibubapa daripada aktiviti menghisap ( sebelum 18 bulan ) dan menggigit ( selepas 18 bulan ).
·         Memperoleh kepuasan dari belajar menghisap, menggigit dan menelan selepas umur 8 bulan.
·         Personaliti terbentuk daripada pengalamannya.
·         Kanak-kanak yang tidak mendapat kepuasan menggigit dan menghisap akan membentuk personaliti yang agresif dan suka mengejek orang lain apabila besar.

Peringkat anal (1–3 tahun)
Peringkat anal bermula dari kanak-kanak 1 hingga 3 tahun.
Ciri-ciri:
  • Memperoleh kepuasan daripada aktivti membuang najis
  • Kanak-kanak akan belajar cara-cara menawal pembuangan air besar dan kecil bertujuan untuk mendapat perhatian.
  • Sifat bersih, kemas dan berjimat akan dapat dipupuk pada peringkat ini jika mereka dididik dengan cara yang sesuai.
  • Kanak-kanak ini akan membantuk personality jenis pemarah jika diberi latihan tandas yang tegas.
Peringkat falik ( 3-6 tahun)
Peringkat anal bermula dari kanak-kanak 3 hingga 6 tahun.
Ciri-ciri
  • Kanak-kanak sudah mengenali jantina mereka sendiri
  • Keadaan ini dpat dilihat mereka memegang kawasan kemaluan mereka sendiri.
  • Pada kanak-kanak perempuan, keadaan ini dinamakan elektra kompleks. Kanak-kanak perempuan akan tertarik kepada ibu bapanya dan cuba meniru gaya gaya ibunya untuk mendapat perhatian ayahnya.
  • Kanak-kanak lelaki akan mengalami keadaan oedipus kompleks iaitu lebih tertarik kepada ibunya. Kanak-kanak lelaki ini akan cuba meniru gaya bapanya untuk menarik perhatian ibunya.
  • Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah mula pandai membela diri dalam mengatasi maslah penyelesaian.
Peringkat latensi (6-11 tahun)
Peringkat latensi bermula dari kanak-kanak 6 hingga 11 tahun.
Ciri-ciri
  • Peringkat ini dikenali dengan nama peringkat pendaman.
  • Keinginan seksual kanak-kanak terpendam untuk sementara waktu.
  • Kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan dan mula sibuk dengan aktiviti persekolahan
  • Kanak-kanak perlu diberi peluang bergaul bagi memenuhi keperluan sosial mereka.
  • Kanak-kanak yang tidak diberi peluang begaul akan merasa tidak puas berkawan apabila besar nanti dan mereka akan sukar bergaul, suka mengasingkan diri,, suka menarik diri dan merasa diri terkongkong.

~semoga bermanfaat untuk semua~ pyong^^

No comments:

Post a Comment