Tuesday 26 March 2013

Program PERMATA

Apa itu Program PERMATA???

Program PERMATA yang berteraskan pendidikan untuk kanak-kanak, telah bergerak selangkah lagi kehadapan apabila Yayasan PERMATA ditubuhkan bagi membolehkan pelaksanaan kesemua programnya dengan lebih terancang dan tersusun.Yayasan PERMATA yang dilancarkan oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sejak tahun 2007
Antara program pembangunan pendidikan PERMATA yang telah dilaksanakan ialah program PERMATA Negara bagi kanak-kanak di bawah umur empat tahun, diikuti program kepimpinan dan pengurusan bakat untuk kanak-kanak pintar, cerdas dan berbakat iaitu program-program PERMATApintar, PERMATA Seni dan PERMATA Insan.Selain itu, penubuhan yayasan ini juga membolehkan pelaksanaan program-program PERMATA berterusan pada masa akan datang tanpa bergantung sepenuhnya kepada pembiayaan kerajaan.Kerajaan Malaysia telah menyumbang RM20 juta bagi pembinaan Fasa 1 yang boleh menampung seramai 150 pelajar. Di bawah Rancangan Malaysia ke-10 pula sebanyak RM54 juta lagi telah diperuntukkan untuk Fasa 2 bagi membolehkannya menampung seramai 150 orang pelajar lagi.Sekolah PERMATApintar yang telah pun memulakan operasinya awal tahun ini menyaksikan seramai 116 orang pelajar tingkatan empat mendaftarkan diri sebagai pengambilan pertama.Para pelajar ini dipilih melalui tiga jenis ujian saringan yang ketat dalam bentuk ujian IQ, ujian kebolehan (competency), ujian kebolehan kepimpinan selain dipastikan melepasi tahap kepintaran emosi yang kukuh.
Setakat ini Yayasan PERMATA telah menerima sumbangan berjumlah RM4.4 juta daripada badan-badan korporat seperti Yayasan AlBukhary, Khazanah Nasional, Perbadanan Nasional Berhad, 1MDB dan Berjaya Corporation yang akan menjadi dana permulaan yayasan itu.Dana daripada yayasan ini dirancang untuk turut disalurkan sebagai biasiswa pendidikan pada masa akan datang untuk pelajar PERMATApintar yang terpilih.



KURIKULUM PERMATA
Kurikulum PERMATA berbeza kerana ianya member penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal. Antara ciri-ciri penting dalam kurikulum PERMATA:-


Teknik pembelajaran PERMATA ialah dengan merangsang minda kanak-kanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan. Kaedah ini mewujudkan persekitaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi kanak-kanak melalui teknik-teknik berikut:-
- Kasih sayang dan belaian
- Interaksi dan komunikasi
- Pemikiran dan bacaan
- Memberi kuasa kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas
- Mendorong kebolehan dan potensi kanak-kanak
- Belajar melalui bermain
- Menghayati muzik dan seni, nyanyian dan pantun, tarian dan lakonan

Atas dasar ini, teknik pembelajaran PERMATA digubal dengan mengambil kira aspek-aspek seperti:-
- Pembinaan Hubungan Emosi, Kasih Sayang, Rasa Selamat dan Yakin Diri
* Melalui sentuhan dan belaian
* Melalui berkawan dan sosial
- Belajar Melalui Percubaan dan Penerokaan
- Membina minat membaca dan berfikir sejak awal
- Merangsang kemahiran matematik dan pemikiran secara logik

Berikut adalah dapatan ke atas hasil kajian penyelidikan yang dijalankan oleh NCDRC, UPSI:
  • Perkembangan emosi :
    - 84% kanak-kanak PERMATA mencapai perkembangan emosi yang baik berbanding 42% kanak-kanak Bukan PERMATA. Program PERMATA didapati berjaya membentuk personaliti kanak-kanak yang tenang dan terkawal, stabil, ceria, mesra, penyayang dan berkeyakinan diri;

  • Perkembangan bahasa dan Komunikasi :
    - 80% kanak-kanak PERMATA boleh menggunakan ayat penuh dan betul berbanding 51% kanak-kanak Bukan PERMATA;

  • Kemahiran berkomunikasi :
    -
    72% kanak-kanak PERMATA boleh menggunakan bahasa ekspresi dan bercerita mengatasi 60% kanak-kanak Bukan PERMATA;

  • Perkembangan sosial :
    -
    80% kanak-kanak PERMATA bersifat mesra, mudah bergaul/berkawan, berkongsi mainan, mengikut arahan dan menunggu giliran berbanding kanak-kanak Bukan PERMATA;

  • Pengurusan Diri :
    - 85% kanak-kanak PERMATA lebih pandai mengurus diri sendiri berbanding 60% kanak-kanak Bukan PERMATA;

  • Perkembangan intelek :
    - 85% kanak-kanak PERMATA mencapai kemahiran pra-sains berbanding 50% kanak-kanak Bukan PERMATA; dan

  • Perkembangan rohani :
    - kanak-kanak PERMATA lebih berdisiplin dan suka bersalam berbanding kanak-kanak Bukan PERMATA.

setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai PERMATA
semoga bermanfaat~~


No comments:

Post a Comment