Tuesday 26 March 2013

ROBERT JAMES HAVIGHURST


LATAR BELAKANG ROBERT JAMES HAVIGHURST

Robert James Havighurst dilahirkan pada 5 Jun 1900 di De Pere, Wisconsin. 
Beliau adalah seorang professor, pendidik dan pakar penuaan.

Robert Havighurst meninggal dunia pada umur 90 tahun akibat penyakit Alzheimer.

Robert Havighurst mula melangkah ke bidang pendidikan di Wisconsin dan Illinois. 
Beliau mendapat banyak ijazah dan telah mencapai pelbagai pencapaian dalam bidang akademik
Robert Havighurst adalah seorang ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal dengan mengemukakan teori-teori tugas-tugas perkembangan manusia berlandaskan sosiobudaya berkaitan dengan perkembangan jasmaninya. 
Beliau menghuraikan perkembangan utama manusia sebagai satu-satu tugas, seperti,berjalan, berlari atau melompat, yang di lahirkan di dalam kehidupan individu pada satu peringkat tertentu. Kejayaan inidividu dalam perlaksanaan tugas tertntu akan menbawa kepuasan serta mengdorongkannya mengulangi tugas tersebut. Kegagalan melaksanakan tugas pada kali pertama akan membawa perasaan kecewa serta menghindarkannya melakukan tugas itu.


Berikut adalah sebahagian daripada kata-kata atau mutiara kata daripada Robert James Havighurst mengenai teori yang diperkenalkannya:


"Family life is the source of the greatest human happiness. This happiness is the simplest and least costly kind, and it cannot be purchased with money. But it can be increased if we do two things: if we recognize and uphold the essential values of family life and if we get and keep control of the process of social change so as to make it give us what is needed to make family life perform its essential functions."

"The modern world needs people with a complex identity who are intellectually autonomous and prepared to cope with uncertainty; who are able to tolerate ambiguity and not be driven by fear into a rigid, single-solution approach to problems, who are rational, foresightful and who look for facts; who can draw inferences and can control their behavior in the light of foreseen consequences, who are altruistic and enjoy doing for others, and who understand social forces and trends."

"A successful mother sets her children free and becomes free herself in the process."

"The two basic principle processes of education are knowing and valuing."


Robert James Havighurst telah membahagikan peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak kepada tiga iaitu peringkat lahir hingga awal kanak-kanak (0 hingga 6 tahun), kanak-kanak (6 hingga 12 tahun), awal remaja dan remaja (12 hingga 18 tahun).



i) Peringkat bayi dan awal kanak-kanak (0 – 6 tahun)
Pada usia ini kanak-kanak mula mengenali persekitaran yang ada disekeliling mereka. Keinginan mereka untuk mencuba sesuatu amat ketara. Mereka mula belajar bercakap dan berinteraksi dengan orang yang ada disekelilingnya seperti ibu bapa, saudara mara, kawan-kawan serta guru mereka. Melalui percakapan ini mereka mula belajar menyebut perkataan yang mudah sehingga terbentuknya satu ayat.
Contohnya, Hanifa yang berusia 5 tahun sudah pandai memahami setiap arahan yang diberikan oleh ibunya. Selain itu, Hanifa juga mempunyai keinginan untuk membuat sesuatu yang dirasakan betul seperti mengayuh basikal bersama teman-teman serta meniru gaya orang lain seperti meniru gaya ibunya memakai tudung. Disekolah, beliau belajar bertolak ansur dan bertimbang rasa dengan rakan sebaya, contohnya berkongsi mainan dengan kawan-kawan. Hanifa dapat bergaul dengan rakan-rakan sebaya ketika disekolah dan menjadikan beliau sentiasa seronok ketika diwaktu persekolahan. Kanak-kanak pada peringkat ini juga belajar mendengar pandangan orang lain seperti memberitahu mereka secara baik bahawa perkara yang mereka lakukan itu adalah salah. Mereka juga bijak dalam membezakan betul dan salah serta membuang najis ditempat yang betul.


ii) Peringkat pertengahan kanak-kanak ( 6 – 12 tahun )
Kanak-kanak pada peringkat ini kebanyakannya boleh menguasai beberapa kemahiran seperti kemahiran dalam menguasai sesuatu permainan contohnya permainan yang melibatkan pergerakan motor kasar seperti tangan, kaki dan sebagainya. Jika ibu bapa yang menginginkan anak mereka bergelar jaguh badminton, mereka perlu memberi galakan dan latihan agar mereka dapat menguasai kemahiran tersebut. Contohnya Haji Sidek melatih anak-anaknya untuk mahir dalam sukan badminton sejak kecil lagi iaitu pada peringkat ini. Selain itu mereka juga dapat menguasai kemahiran 3M iaitu, membaca, menulis dan mengira. Kemahiran seperti ini dapat membantu mereka dalam proses pembelajaran disekolah serta keperingkat yang seterusnya. Kanak-kanak ini juga mula untuk berkawan dengan orang lain dan mampu memahami konsep hidup serta moral.


iii) Peringkat awal remaja dan remaja (12 – 18 tahun)
Remaja akan mencapai kematangan fizikal seperti ketinggian maksimum pada peringkat ini. Dari segi kognitif, mereka mula berada di peringkat operasi formal, iaitu boleh membuat pemikiran hipotetikal-eduktif. Dari segi perkembangan emosi, timbul pelbagai emosi lain seperti ingin kejayaan dan penghargaan serta bertambah kebolehan untuk mengawal emosi. Remaja juga akan membentuk kumpulan rakan sebaya. Remaja pada peringkat ini juga mula tertarik kepada rakan sebaya daripada jantina yang berlainan. Mereka juga mula mengalami perubahan yang ketara dari segi emosi, jasmani, rohani, dan fizikal

No comments:

Post a Comment