Sunday 10 March 2013

HEAD START


Sedikit perkongsian mengenai Head Start..
ok...let's get serious !!!!
Head Start merupakan satu program yang ditubuhkan oleh Presiden Lyndon Johnson pada bulan Mei tahun 1965 sebagai satu program musim panas untuk kanak-kanak yand datang dari keluarga yang miskin dan berpendapatan rendah.Program ini merupakan inisiatif kerajaan bagi memastikan semua kanak-kanak mendapat hak pendidkan dan kesihatan yang baik yang tinggal di bandan mahupun luar bandar.
Program Head Start ini merupakan program terbesar di Amerika Syarikat kerana hampir 17 juta kanak-kanak mengikuti program ini.Ia juga merupakan pendekatan kerajaan melaksanakan program prasekolah dengan melibatkan penyertaan komuniti dan ibu bapa.Program ini juga pada awalnya merupakan percubaan dan uji kaji program berkualiti untuk kanak-kanak berumur 0-5 tahun.Program ini telah berkembang menjadi perkhidmatan sepenuh hari.

MATLAMAT PROGRAM HEAD START
  • Menyediakan keperluan kesihatan dan makanan
  • Menanam ciri dan nilai kejayaan yang boleh meningkatkan daya usaha pembelajaran dan perkembangan menyeluruh.
  • Memperbaiki kebolehan kanak-kanak dan keluarga mereka dalam aspek perkembangan
  • Mempertingkatkan kemahiran dan proses mental,kemahiran konsep dan kemahiran bahasa
KURIKULUM HEAD START
Menekankan pemeliharaan kesihatan diri,kecergasan fizikal,kemahiran hidup, perkembangan bahasa, aktiviti sains, kemahiran nombor dan kemahiran bersosial.

APA KELEBIHAN PROGRAM HEAD START???
  • Menyediakan standard kualiti semua aspek perkembangan awal kanak-kanak dan perkhidmatan kesihatan, perkongsian keluarga dan masyarakat serta reka bentuk program
  • Melaksanakan kurikulum yang menggalakkan perkembangan kognitif kanak-kanak dan kemahiran bahasa, pembangunan sosial dan ekonomi serta perkembangan fizikal.
  • Meningkatkan pembangunan kognitif ,sosial dan emosi mereka
Program Head Start menyediakan persekitaran pembelajaran seperti berikut:
tadaaa......
  1. Bahasa dan literasi
  2. Kognisi dan pengetahuan am
  3. Pembangunan fizikal dan kesihatan
  4. Pembangunan sosial dan emosi
  5. Pendekatan kepada pembelajaran

~semoga bermanfaat atau setidak-tidaknya memberi sedikit input kepada semua ^^ ~

No comments:

Post a Comment