Friday 27 December 2013

PERANCANGAN PEMBUKAAN TADIKA NADIE ILMU

bismillahirahmanirrahim..
pengunguman pembukaan tadika !!!
Tadika Nadie Ilmu merupakan satu tadika adalah milik penuh saya sendiri.
Tadika ini berkonsepkan gabungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan seorang ahli teori iaitu Johann Heinrich Pestallozzi.Di sini saya kongsikan sedikit maklumat mengenai Pestallozi

haa..ini la dia Johann Heinrich Pestalozzi..Beliau telah menyarankan pendidikan awal kanak-kanak berasaskan persekitaran alam semulajadi yang mana bertujuan untuk mengurangan pembelajaran berbentuk hafalan.Melalui kaedah pendidikan mengikut teori beliau, kanak-kanak perlu mengambil bahagian dalam proses pembelajaran dan aktiviti di sekolah agar apa yang dipelajari itu bermakna dan berasaskan pengalaman hidup yang sebenar.
Melalui pembelajaran mengikut kaedah ini, kanak-kanak akan terlibat secara penuh dalam aktiviti dengan penggunaan deria dan pembelajaran pula lebih kepada berkumpulan.Pelbagai manfaat boleh diperoleh dengan menggunakan gaya ini ke atas pembelajaran kanak-kanak.

Justeru iu.................
Tadika Nadie Ilmu akan menyediakan peluang pembelajaran ini kepada kanak-kanak yang tinggal di kawasan Bandar Kuala Berang, Terengganu terutama bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan Taman Padang Setengga , Kuala Berang, Terengganu.
Semua ibu bapa dijemput untuk menghantar anak-anak mereka ke tadika kami ini !!!!
Kami akan mula beroperasi pada 7 JANUARI 2015..
Yuran yang dikenakan amat berpatutan iaitu RM200 sahaja sebulan.Pelbagai aktiviti menarik akan disediakan dan pakar pendidik di Tadika Nadie Ilmu juga bertauliah dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ini.
Apa tunggu lagi??
Datanglah beramai-ramai mendaftar dan menjadi sebahagian daripada ahli Tadika Nadie Ilmu !!!
Lets learn and share the love...............

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi kami di:
no tel: 096816543
emel: tadikanadielmu @yahoo.com


Tuesday 26 March 2013

Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner


Sedikit perkongsian mengenai Howard Gardner

Beliau telah memperkenalkan kecerdasan pelbagai.Beliau dilahirkan di Seranton pada tahun 1943 dab berketurunan Jerman.Beliau telah mengarang 18 buah buku dan ratusa artikel.Antara contoh karangan beliau ialah The Dicipline Mind,what all student should understand,1999

Berikut merupakan teori kecerdasan pelbagai yang telah diperkenalkan:



Teori Konsruktivisme Jean Piaget


Teori Konstruktivisme Jean Piaget
Ahli psikologi kognitif yang paling terkemuka ini, Jean Piaget, melihat kanak-kanak sebagai murid aktif yang belagak seperti “saintis kecil”. Mereka membina teori sendiri tentang bagaimana dunia berfungsi dan mencari jalan untuk mengesahkan hati nurani ini. Penyelidikan Piaget tertumpu kepada bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan, yang biasanya dipanggil sebagai “soalan epistemology”. Piaget berpendapat bahawa di sepanjang hayat, manusia melalui satu urutan empat peringkat. Pemikiran secara kualitatif.

Bayi memperoleh ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman sensori penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau. Kanak-kanak prasekolah berkembang daripada peringkat memperoleh ilmu pengetahuan tentang dunia melalui persepsi mereka terhadap pengalaman sendiri di dunia. Kanak-kanak yang lebih dewasa mula mengaplikasikan peraturan logik untuk memahami bagaimana dunia berfungsi.


Remaja, dan Dewasa berkembang ke peringkat di mana mereka boleh mengaplikasikan logik kepada situasi andaian (hypothetical) dan sebenar.Sebagai tambahan, Piaget percaya bahawa manusia sentiasa mencuba memberi pengertian tentang dunia dengan membuat membandingkan kefahaman dalaman mereka tentang bagaimana dunia berfungsi dengan persekitaran luaran.
Beliau mencadangkan empat prinsip konsep antaranya adalah satu proses berterusan menyusun maklumat dan pengalaman ke dalam sistem mental atau kategori. Sistem mental atau kategori persepsi dan pengalaman ini dinamakan skema. Ia sebenarnya adalah pembinaan asas blok pemikiran yang membolehkan kita berfikir. Contoh skema adalah skema minum, skema kategori, skema penyelesaian masalah matematik dan lain-lain.

  • Adaptasi
Dalam proses mengorganisasi struktur mental kita, kita akan membuat penyesuaian terhadap persekitaran. Dua proses asas adalah asimilasi dan akomodasi.

  • Asimilasi
Ia adalah proses memasukkan peristiwa baru ke dalam skema yang sedia ada. Ini hanya seperti menambahkan data baru ke dalam fail data y ang sedia ada. Tetapi data tersebut hendaklah sesuai dengan skema sedia ada. Dengan ini, asimilasi melibatkan percubaan memahami sesuatu yang baru dengan cara menyesuaikannya ke dalam sesuatu yang telah kita ketahui (Woolfolk, 1998). Contoh, pada peringkat permulaan, seorang kanak-kanak akan memikirkan seekor hamster sebagai seekor tikus belanda yang kecil. Kanak-kanak tersebut akan cuba memadankan pengalaman barunya dengan skema yang sedia ada tentang cara mengenal pasti binatang.

  • Akomodasi.
Ia berlaku semasa kita mengubah skema yang ada dalam memberi respon kepada situasi yang baru. Ia melibatkan perubahan skema sedia ada atau membentuk skema baru dalam memberi respon baru kepada maklumat baru. Apabila maklumat baru tidak sesuai dengan skema yang ada, maka kita perlu sesuaikan dengan pemikiran kita.Seperti contoh di atas, kanak-kanak tersebut akan tambahkan skema baru untuk mengenali hamster kepada sistem lain untuk mengenal pasti binatang. Ini dikatakan akomodasi.

semoga bermanfaat^^


PEDAGOGI BERMAIN


Pengertian Pedagogi
Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, pedagogi ialah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar.

Pedagogi moden selalunya membahagikan fungsi pengajaran kepada tiga bidang, iaitu apa yang dimaksudkan oleh taksonomi Bloom. Menurut taksonomi bloom, pengajaran boleh terbahagi kepada:
  • Bidang Kognitif
    Berkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa.
  • Bidang Afektif
    Berkenaan dengan sikap dan sahsiah diri.
  • Bidang Psikomotor
    Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan, dan sukan 
Dengan kata lain , pedagogi merupakan satu proses pembelajaran.Sebagaimana yang telah kita sediamaklum, bermain sambil belajar merupakan salah sat kaedah pembelajaran berkesan terhadap kanak-kanak.Kaedah bermain adalah kaedah pembelajaran yang mendekatkan diri pelajar kepada pengalaman sebenar secara langsung, terutama apabila mengajar konsep atau kemahiran. Apabila digunakan secara berkesan boleh menambah respon murid dan kepekaan kepada perasaan orang lain, iaitu murid tidak akan dapat memahami atau mengaplikasikan prinsip yang dipelajari dengan berkesan dan bermakna kecuali diberi peluang menyaksikan sendiri situasi sebenar dan menilai hasil aplikasi mereka dalam situasi bermasalah. Murid berpeluang dan boleh mempertingkat kebolehan empati, menambah kepekaan proses interaksi dan memiliki kebolehan menganalisis situasi secara objektif. Kaedah bermain sambil belajar merupakan situasi yang dilakukan secara spontan dengan arahan dan bahannya diambil daripada kisah benar. 


 

JENIS-JENIS MAIN 
Modul ini akan membincangkan dua jenis main iaitu pertamanya, main sosial yang diutarakan oleh Parten (1932) dan jenis kedua ialah main dengan objek atau main kognitif yang dipelopori oleh Piaget (1962) kemudiannya dikembangkan oleh Piaget dan Inhelder (1969). 
 
Main Sosial 
Parten (1932) membahagikan mainan sosial kepada enam peringkat iaitu perlakuan tidak menentu, main sendirian, main pemerhatian, main selari, main assosiatif dan main koperatif. 

Perlakuan Tak Menentu (Unoccupied Play )
Kanak-kanak berada dalam kawasan permainan tetapi belum terlibat dalam aktiviti bermain 

Main Sendirian (Solitary Play )
Kanak-kanak bermain secara berasingan dalam kawasan yang sama tanpa menghiraukan kanak-kanak lain di keliling mereka. 
Main Pemerhatian (Onlooker Play)
Kanak-kanak berada dalam kawasan bersama kanak- kanak lain yang sedang bermain sambil memerhati aktiviti mereka. Pemerhati ini seringkali duduk secara pasif sambil membuat pemerhatian. Selepas itu, ia mungkin meniru corak permainan mengikut apa yang diperhatikan atau mungkin berbual dengan sebayanya. 
 Main Selari (Parallel Play )
Terdapat beberapa kanak-kanak menggunakan cara atau alat permainan yang sama tetapi mereka tidak berkongsi alat. Kanak-kanak berbual tetapi tindakan seorang individu tidak bergantung kepada tingkah laku individu yang lain. 
Main Asosiatif (Associative Play )
Beberapa kanak-kanak bermain dalam kalangan mereka tetapi bukan dengan cara yang teratur. Mereka mungkin main kejar-kejar tanpa peraturan atau peranan yang dikenalpasti. 
Main Koperatif (Cooperative Play)
Setiap kanak-kanak dalam kumpulan mempunyai peranan dan perlu saling bergantungan untuk mencapai matlamat permainan. Main koperatif merupakan satu bentuk kerja berpasukan. 
Main dengan Objek/ Main Kognitif 
Piaget (1962) membahagikan main kognitif kepada empat peringkat iaitu main latihan atau main fungsional, main simbolik, main konstruktif dan main dengan peraturan. 
1. Main Latihan/ Main Fungsional 
Main latihan atau main fungsional merupakan aktiviti di mana kanak-kanak meneroka kepelbagaian bahan-bahan mainan. Orang dewasa juga mungkin terlibat dengan mainan latihan apabila berdepan dengan bahan baru, contohnya melatih untuk membiasakan diri dengan fungsi telefon bimbit barunya. 
Main fungsional ini mempunyai ciri pengulangan, manipulasi dan peniruan. Sebagai contoh, kanak-kanak bermain memancing ikan olok-olok, dia akan melakukan aktiviti mencangkuk berulang kali, meneroka teknik yang terbaik sehingga ia memperolehi cara terbaik untuk menguasai kemahiran tersebut. 
2. Main Simbolik 
Main simbolik melibatkan imaginasi dan kreativiti yang melibatkan perkaitan fungsi mental yang kompleks. Dalam contoh aktiviti bermain memancing, kanak-kanak menggunakan joran sebagai senapang atau penunjuk konduktor okestra atau penunjuk papan tulis guru. Main simbolik memberikan peluang kepada kanak-kanak mempamerkan kreativiti, kebolehan fizikal dan kesedaran sosial. 
Main simbolik termasuk sosiodrama di mana dalam permainan ini kanak-kanak memegang sesauatu peranan kemudian melakonkannya. Sosiodrama boleh melibatkan pengalaman sebenar kanak-kanak atau berimaginasi,contohnya menidurkan adik atau menaiki roket. Mainan simbolik menyediakan peluang untuk kanak-kanak memikirkan peranan masa depan, menggunakan bahan untuk menyelesaikan masalah, meningkatkan penggunaan bahasa, menghayati nilai moral dan budaya yang terkandung dalam mainan tersebut. 
3. Main Konstruktif 
Piaget dan Inhelder (1969) menjelaskan mainan konstruktif sebagai peningkatan daripada mainan simbolik di mana kanak-kanak perlu membuat penyesuaian atau ciptaan untuk menyelesaikan masalah/menghasilkan sesuatu. Sebagai contoh, kanak-kanak menggunakan kotak, bongkah, kertas, pasir, doh dan sebagainya secara bergabung atau berasingan untuk membina menara, kereta kotak, istana pasir, ‘figurine’ dan hasilan kreatif yang lain. 
Main konstruktif melibatkan bermain untuk membina pengetahuan dan mengenali dunia. Bahan-bahan di persekitaran diguna pakai secara kreatif dan fungsional untuk menghasilkan ciptaan mengikut daya kreativiti. 
Main konstruktif memberi kepuasan dan kebanggaan kepada kanak-kanak terhadap hasilan mereka. Kanak-kanak mempunyai kebebasan untuk memilih dan membuat keputusan serta bertanggunjawab terhadap benda yang ingin dihasilkan. 
Guru perlu mengaturkan peluang untuk main konstruktif di kalangan pelajar kerana ia merupakan aktiviti yang melibatkan aras pemikiran tinggi, mencerakin persekitaran untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. 
4. Main Berperaturan 
Dalam main berperaturan, kanak-kanak bermain mengikut peraturan yang dipersetujui bersama ataupun mengikut batasan dan peraturan permainan tersebut. Namun, peraturan mungkin berbeza mengikut daerah atau lokasi yang berbeza. Sebagai contoh, permainan ketingting mempunyai cara dan peraturan yang berbeza mengikut lokasi kawasan. Kanak-kanak juga mungkin mereka cipta permainan berperaturan sendiri. 
Permainan berperaturan ini dapat membantu perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif seperti kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah, mencari alternatif, membuat andaian dan merancang strategi. Perkembangan sosial dan emosi pula diperhatikan apabila kanak-kanak belajar mematuhi peraturan, mengambil giliran, saling menghormati termasuk pasukan lawan, berkomunikasi secara bersopan, berkompromi dalam rundingan serta menghormati kemenangan dan menerima kekalahan dengan semangat setiakawan.
 
 
^^ SEMOGA BERMANFAAT^^

Program PERMATA

Apa itu Program PERMATA???

Program PERMATA yang berteraskan pendidikan untuk kanak-kanak, telah bergerak selangkah lagi kehadapan apabila Yayasan PERMATA ditubuhkan bagi membolehkan pelaksanaan kesemua programnya dengan lebih terancang dan tersusun.Yayasan PERMATA yang dilancarkan oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sejak tahun 2007
Antara program pembangunan pendidikan PERMATA yang telah dilaksanakan ialah program PERMATA Negara bagi kanak-kanak di bawah umur empat tahun, diikuti program kepimpinan dan pengurusan bakat untuk kanak-kanak pintar, cerdas dan berbakat iaitu program-program PERMATApintar, PERMATA Seni dan PERMATA Insan.Selain itu, penubuhan yayasan ini juga membolehkan pelaksanaan program-program PERMATA berterusan pada masa akan datang tanpa bergantung sepenuhnya kepada pembiayaan kerajaan.Kerajaan Malaysia telah menyumbang RM20 juta bagi pembinaan Fasa 1 yang boleh menampung seramai 150 pelajar. Di bawah Rancangan Malaysia ke-10 pula sebanyak RM54 juta lagi telah diperuntukkan untuk Fasa 2 bagi membolehkannya menampung seramai 150 orang pelajar lagi.Sekolah PERMATApintar yang telah pun memulakan operasinya awal tahun ini menyaksikan seramai 116 orang pelajar tingkatan empat mendaftarkan diri sebagai pengambilan pertama.Para pelajar ini dipilih melalui tiga jenis ujian saringan yang ketat dalam bentuk ujian IQ, ujian kebolehan (competency), ujian kebolehan kepimpinan selain dipastikan melepasi tahap kepintaran emosi yang kukuh.
Setakat ini Yayasan PERMATA telah menerima sumbangan berjumlah RM4.4 juta daripada badan-badan korporat seperti Yayasan AlBukhary, Khazanah Nasional, Perbadanan Nasional Berhad, 1MDB dan Berjaya Corporation yang akan menjadi dana permulaan yayasan itu.Dana daripada yayasan ini dirancang untuk turut disalurkan sebagai biasiswa pendidikan pada masa akan datang untuk pelajar PERMATApintar yang terpilih.



KURIKULUM PERMATA
Kurikulum PERMATA berbeza kerana ianya member penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal. Antara ciri-ciri penting dalam kurikulum PERMATA:-


Teknik pembelajaran PERMATA ialah dengan merangsang minda kanak-kanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan. Kaedah ini mewujudkan persekitaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi kanak-kanak melalui teknik-teknik berikut:-
- Kasih sayang dan belaian
- Interaksi dan komunikasi
- Pemikiran dan bacaan
- Memberi kuasa kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas
- Mendorong kebolehan dan potensi kanak-kanak
- Belajar melalui bermain
- Menghayati muzik dan seni, nyanyian dan pantun, tarian dan lakonan

Atas dasar ini, teknik pembelajaran PERMATA digubal dengan mengambil kira aspek-aspek seperti:-
- Pembinaan Hubungan Emosi, Kasih Sayang, Rasa Selamat dan Yakin Diri
* Melalui sentuhan dan belaian
* Melalui berkawan dan sosial
- Belajar Melalui Percubaan dan Penerokaan
- Membina minat membaca dan berfikir sejak awal
- Merangsang kemahiran matematik dan pemikiran secara logik

Berikut adalah dapatan ke atas hasil kajian penyelidikan yang dijalankan oleh NCDRC, UPSI:
  • Perkembangan emosi :
    - 84% kanak-kanak PERMATA mencapai perkembangan emosi yang baik berbanding 42% kanak-kanak Bukan PERMATA. Program PERMATA didapati berjaya membentuk personaliti kanak-kanak yang tenang dan terkawal, stabil, ceria, mesra, penyayang dan berkeyakinan diri;

  • Perkembangan bahasa dan Komunikasi :
    - 80% kanak-kanak PERMATA boleh menggunakan ayat penuh dan betul berbanding 51% kanak-kanak Bukan PERMATA;

  • Kemahiran berkomunikasi :
    -
    72% kanak-kanak PERMATA boleh menggunakan bahasa ekspresi dan bercerita mengatasi 60% kanak-kanak Bukan PERMATA;

  • Perkembangan sosial :
    -
    80% kanak-kanak PERMATA bersifat mesra, mudah bergaul/berkawan, berkongsi mainan, mengikut arahan dan menunggu giliran berbanding kanak-kanak Bukan PERMATA;

  • Pengurusan Diri :
    - 85% kanak-kanak PERMATA lebih pandai mengurus diri sendiri berbanding 60% kanak-kanak Bukan PERMATA;

  • Perkembangan intelek :
    - 85% kanak-kanak PERMATA mencapai kemahiran pra-sains berbanding 50% kanak-kanak Bukan PERMATA; dan

  • Perkembangan rohani :
    - kanak-kanak PERMATA lebih berdisiplin dan suka bersalam berbanding kanak-kanak Bukan PERMATA.

setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai PERMATA
semoga bermanfaat~~


ARNOLD LUCIUS GESELL





Sedikit perkongsian mengenai  Arnold Lucius Gesell




Nama sebenar beliau ialah Arnold Lucius Gesell. Rousseau mempercayai bahawa tingkah laku berkembang menurut tahap-tahap atau jadual dalaman yang berlaku secara semula jadi. Dengan perkataan lain kita namakan proses ini sebagai kematangan biologis. Arnold Gesell (1880-1961) telah berusaha memulakan kajian kematangan. Gesell dibesarkan di Alma, Winconsin, sebuah bandar kecil di pinggir Sungai Mississippi bahagian utara.





Jadual perkembangan turutan tingkah laku menurut Arnold Lucius Gesell

Arnold Lucius Gesell (1925) telah berjaya menghasilkan jadual perkembangan turutan tingkah laku (perkembangan motor) kerana beliau berpendapat bahawa semua perkembangan berlaku mengikut pola dan urutan tertentu. Oleh itu, perkembangan tingkah laku kanak-kanak boleh diramalkan. Contohnya, semasa berumur empat bulan, Fahmi telah boleh merangkak, tingkah laku seterusnya adalah duduk dan mula belajar berdiri. Peringkat perkembangan adalah berbeza-beza antara seseorang induvidu dengan induvidu yang lain kerana kadar pertumbuhan adalah berlainan bagi setiap induvidu.

Jadual perkembangan turutan tingkah laku yang dihasikan oleh Gesell boleh dibahagikan kepada lima peringkat. Pada peringkat pertama iaitu pada usia lahir hingga satu tahun, ciri-ciri perkembangan tingkah laku yang dihasilkan pada usia satu bulan menurut Gesell (1925) ialah bayi dapat menghasilkan tangisan berbeza-beza untuk menyatakan kehendak yang berlainan seperti tangisan lapar adalah berbeza daripada tangisan ketika lampinya basah. Pada usia empat bulan, koordinasi fizikal berlaku pada bayi iaitu mata bayi boleh mengikut objek yang bergerak. 

Misalnya bayi dapat melihat kapal terbang mainan yang berpusing. Seterusnya, pada usia enam bulan bayi sudah dapat menggenggam sesuatu objek misalnya bola, kubus kayu, keringcing dan sebagainya. Pada usia tujuh bulan, bayi sudah mula pandai duduk dan merangkak dengan sendirinya tanpa bantuan daripada orang lain kerana pada masa ini otot leher, tangan, kaki, pinggul bayi sudah semakin kuat dan membolehkan bayi duduk dan merangkak dengan cepat. Pada usia dua belas bulan, bayi sudah mahir untuk melangkahkan kakinya dengan berpaut pada kerusi, meja untuk mengimbangkan berat badanya.

Pada peringkat kedua iaitu pada usia satu hingga dua tahun, kematangan fizikal dan mental mula meningkat iaitu bayi sudah pandai jalan bertatih dibantu oleh pengasuhnya. Pada tahap ini juga, bayi sudah mula faham istilah” jangan” dan pada usia dua tahun bayi sudah mahir untuk berjalan tanpa bantuan daripada pengasuhnya kerana bayi sudah memperolehi keseimbangan badan yang sempurna. Pada peringkat ke tiga iaitu pada usia dua hingga tiga tahun bayi sudah mengcapai koordinasi mata, tangan dan kaki yang semakin sempurna misalnya boleh mengurus diri sendiri seperti boleh makan dan memakai kasut dengan sendiri dan mula boleh bercakap dengan menggunakan ayat yang mudah tetapi tidak begitu baik dan ayat yang digunakan tidak begitu lengkap.
 
Pada peringkat keempat iaitu pada usia tiga hingga empat tahun, koordinasi dan kematangan fizikal kanak-kanak sudah semakin kukuh misalnya boleh menunggang basikal beroda tiga dan boleh menuruti arahan mudah daripada ibu bapa. Pada tahap kelima iaitu pada usia empat hingga lima tahun, proses interaksi kanak-kanak mula terbentuk kerana pada tahap ini kanak-kanak mula bersosialisasi dan bergaul dengan rakan-rakan seusia denganya kerana pada masa ini kanak-kanak telah bersedia untuk memasuki alam persekolahan iaitu ke kelas pra sekolah. Pada peringkat ini juga kanak –kanak suka untuk mengemukakan soalan kepada penjaganya samaada ibu, ayah, guru dan sebaginya untuk mengetahui sesuatu pekara kerana kanak-kanak pada usia sebegini mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi berdasarkan pemerhatian mereka terhadap persekitaran sekeliling.


Aktiviti mengikut peringkat umur menurut Arnold Lucius Gesell

Antara aktiviti yang boleh dilakukan pada setiap peringkat umur mengikut teori Arnold Gesell ialah penerokaan permainan untuk kanak-kanak berusia lahir hingga satu tahun.Pada peringkat pertama ibu bapa atau pengasuh sangat memainkan peranan yang penting untuk memberi rangsangan yang positif dalam membantu perkembangan bayi tersebut. Cara aktiviti ini dilakukan ialah letakkan bayi di lantai atau ruangan yang lebih luas dan bersih kerana bayi memerlukan ruang yang lebih luas untuk meneroka persekitaranya

Seterusnya ibu bapa dapat memberi rangsangan kepada bayi dengan memberi bayi pelbagai jenis permainan yang berwarna-warni, berbunyi dan tidak mudah pecah kepada bayi misalnya kubus kayu, bola, keringcing untuk menarik perhatian bayi bermain dan pada masa yang sama, ibu bapa digalakkan untuk bermain bersama bayi dan memberi dorongan kepada bayi disamping dapat mengawasi bayi tersebut. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat merangsang perkembangan motor kasar dan motor halus bayi misalnya merangkak kerana pada masa ini otot pinggul, bahu,tangan dan kaki bayi sudah semakin kuat dan bayi dapat mengenggam atau memegang objek ketika bermain.

Pada peringkat kedua iaitu pada usia satu hingga dua tahun, aktiviti yang boleh dilakukan ialah jalan bertatih. Aktiviti ini boleh dilaksanakan di kawasan yang lapang dan luas seperti ruang tamu, lantai yang mempunyai permukaan yang lembut, halaman rumah, taman permainan dan sebagainya kerana bayi memerlukan ruangan yang besar untuk belajar berjalan. Ibu bapa boleh memberi dorongan kepada bayi dengan membantu bayi ketika proses bertatih dengan mendampingi anak dari belakang bagi mendapatkan sokongan yang baik. Selain itu, alat bantuan seperti baby walker boleh digunakan bagi membantu bayi semasa proses bertatih. Aktiviti ini juga akan membantu perkembangan motor kasar dan motor halus bayi kerana pada usia ini bayi sudah boleh melangkah kakinya dan dapat mengimbangkan berat badanya.

Seterusnya, pada peringkat ketiga iaitu pada usia dua hingga tiga tahun. Aktiviti yang boleh di jalankan ialah mengajar cara makan yang betul kepada kanak-kanak. Ibu bapa boleh menggalakkan kanak-kanak untuk makan dengan sendirinya kerana kanak-kanak pada usia sebegini kanak-kanak mampu untuk makan dengan sendiri kerana pergerakkan motor halus iaitu koordinasi mata, tangan dan keseimbangan badan kanak-kanak sudah sempurna. Ibu boleh memberi rangsangan kepada kanak-kanak dengan meletakkan makanan yang lembut ke dalam bekas plastik misalnya agar-agar, nestum dan sebagainya kemudian ibu hendaklah mengajar kanak-kanak tersebut memegang sudu dan cara makan yang betul dengan pengawasan daripada daripada ibu bapa. Seterusnya ibu atau bapa boleh memberi peneguhan positif kepada kanak-kanak seperti pujian, bertepuk tangan jika kanak-kanak berjaya menyuapkan makanan ke dalam mulut bagi merangsang kanak-kanak untuk terus berusaha.

Pada peringkat keempat ialah menunggang basikal beroda tiga bagi kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun. Ibu bapa atau penjaga memainkan peranan yang penting dengan membantu kanak-kanak mengimbangi badan di atas basikal beroda tiga. Ibu bapa juga perlu memberi rangsangan serta sokongan kepada kanak-kanak supaya kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan aktiviti berbasikal dengan pengawasan dan pemerhatian daripada penjaga dalam aktiviti tersebut. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak kerana pergerakkan yang terlibat semasa menunggang basikal beroda tiga ini mampu merangsang perkembangan tersebut. Misalnya genggaman tangan dan kayuhan basikal merupakan salah satu contoh pergerakkan motor kasar dan halus kanak-kanak.

Akhir sekali pada peringkat kelima iaitu pada usia empat hingga lima tahun. Aktiviti yang boleh dilakukan ialah bermain di taman permainan. Aktiviti ini boleh dijalankan dengan penglibatan rakan-rakan yang sebaya yang seusia denganya. Ibu bapa atau penjaga boleh membawa kanak-kanak tersebut ke taman permainan yang berdekatan dan berikan kebebasan kepada kanak-kanak untuk bermain dengan rakan-rakan namun masih dalam pengawasan daripada ibu bapa. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan sosialnya iaitu kebolehan kanak-kanak untuk berinteraksi, bergaul dan bersosialisai dengan orang lain dengan cara bermain.
 




~~setakat ini sahaja perkongsian mengenai Arnold Lucius Gesell~~
semoga memberi manfaat untuk semua ^^
till we meet again in the next post
pyong pyong !!!