Sunday 24 March 2013

ERIC ERICKSON





ini la Eric Ericson...
Nama sebenar beliau ialah Eric Homburger Ericson.Beliau dilahirkan pada 15 Jun 1902 di Frankfurt, Germany dan meninggal dunia pada 12 May 1994.Belia lebih menekankan tentang perkembangan sosial seorang kanak-kanak.Terdapat lima prinsip yang ditekankan iaitu:

  • manusia mempunyai keperluan asas yang sama
  • Perkembangan individu bergantung kepada tindakbalas terhadap keperluan-keperluan asas
  • Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap tertentu
  • Setiap tahap mempunyai konflik dan ia mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap yang seterusnya
  • Kegagalan sesuatu konflik akan menjejaskan perkembangan yang berikutnya
Walaubagaimanapun, beliau telah menambahbaikan lima peringkat kepada lapan peringkat iaitu bermula dari bayi kepada peringkat tua.Berikut merupakan jadua perkembangan sosioemosi manusi mengikut teori perkembangan Eric Erickson

Peringkat konflik
Ciri-ciri perkembangan emosi
         Contoh / huraian
  


  0 - 1½  tahun(bayi)

-  Kepercayaan lawan     ketidakpercayaan
·         Rasa kepercayaan dibina dalam tahun pertama

·         membina rasa kepercayaan secara peringkat

·         membina rasa ketidakpercayaan jika keperluannya tidak dapat dipenuhi

·         ketidakpercayaan akan membentuk tingkah laku negatif
Bayi mestilah menjalinkan hubungan kasih sayang serta kepercayaan dengan pengasuh atau sebaliknya membentuk perasaan tidak percaya. Hal ini demikian bermakna, jika tidak diberi penjagaan yang sepatutnya seperti penyusuan, tidak dijaga atau lampin tidak bertukar, ketidakpercayaan kepada orang lain timbul dalam diri bayi yang akan menimbulkan ketakutan dan berprasangka
   



    1 ½-3 tahun
  (awal kanak-kanak)

-   Autonomi Lawan Malu/Ragu


·         Keinginan memiliki kuasa

·         keinginan membuat sesuatu dengan daya usaha sendiri


·         merasa malu jika tidak diberi kuasa

·         merasa malu didepan orang


·         merasa takut melakukan kesalahan.

Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu kepada perkembangan kemahiran fizikal seperti berjalan dan pelbagai lagi. Rasa percaya kepada keupayaan diri timbul jika berjaya dan menerima sokongan. Sekiranya gagal mereka akan ragu-ragu terhadap keupayaan diri
     
     
           3-6 tahun
         ( awal kanak –
        kanak tadika )

- Inisiatif lawan serba salah
·         belajar cepat

·         bergerak cepat

·         peka kepada yang betul dan salah

·         merasa serba salah jika ketawa

·         membina sikap negatif jika merasa serba salah
Kanak-kanak pada tahap ini akan cuba berdikari melakukan sesuatu dan jika gagal perasaan bersalah akan timbul. Mereka meneroka persekitaran dan mencuba kemahiran-kemahiran baru. Mereka juga suka bertanya dan meminta penjelasan dan rasa bersalah terhadap diri sendiri akan timbul apabila kanak-kanak dihukum atau tidak diberi peluang semasa mencuba kemahiran
        
    


         6-11 tahun
     ( kanak-kanak)

- kerajinan lawan rasa rendah diri.
·         keinginan menguasai sesuatu

·         keinginan berjaya

·         menguasai kemahiran asas fizikal dan sosial


·         memerlukan peneguhan positif/ penghargaan terhadap tugas yang disempurnakannya

·         merasa komplek rendah diri jika dikritik.

Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap. Kemahiran yang diperoleh berkisar di alam persekolahan.Kanak-kanak yang gagal dalam peringkat ini akan merasa rendah diri dan tiada keupayaan bukan sahaja terhadap pencapaian akademik tetapi juga dalam hubungan sosial dengan individu di persekitaran mereka



        12-20 tahun
          (remaja)

- Identiti lawan keliruan 
  identiti 
·         Cuba memahami diri

·         menghadapi krisis identiti

·         sensitif kepada perubahan badan dan imej diri

·         membentuk konsep kendiri positif dan juga negatif

·         perkembangan emosi berlandaskan emosi dari peringkat –peringkat dahulu.
Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pelbagai aspek seperti pekerjaan, peranan jantina, social, dan sebagainya jika tidak perasaan rendah diri akan timbul. Mereka akan meniru identiti orang lain di persekitaran. Sekiranya gagal, akan timbul kecelaruan identiti, rasa tidak selamat, ragu- ragu, dan akan mengalami pelbagai masalah di peringkat seterusnya


    
        21-25 tahun
     (Awal Dewasa)

-  Kemesraan lawan keterasingan
·         berusaha terus mencari identity

·         berusaha membentuk ikatan kemesraan

·         sesetengah individu yang gagal kerana pengalaman kecewaan, terus keterasingan
Pada tahap ini manusia akan membentuk keintiman dalam perhubungan menuju ke alam perkahwinan serta membina kerjaya, sekiranya gagal akan merasa terasing dan tersisih. Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain (suami/isteri dan anak) tanpa hilang identiti diri
      


       26-60 tahun
·         Generativiti bermaksud memberi sumbangan kepada generasi berikutnya atau melakukan aktiviti produktiviti

·         individu akan merasa kecewaan kerana gagal dalam pencapaian yang bermakna.
Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik dapat memuaskan hati, atau sebaliknya akan membawa kepada perasaan mementingkan diri serta hanya memusatkan kepada perkembangan atau aktiviti diri. Mereka yang tidak dapat membentuk keintiman akan rasa terasing dan akan menghindari perhubungan dengan orang lain
     61 ke atas tahun
·         Integriti adalah hasil kebangaan terhadap kehidupan yang berharga

·         orang tua yang kurang puas hati dengan kehidupannya akan takut mati.
Merupakan kemuncak perkembangan iaitu berkaitan dengan kejayaan hidup berkeluarga dan karier akan menimbulkan kepuasan dalam diri. Perkara sebaliknya jika gagal akan membawa kepada kedukaan dan kekecewaan di hari tua dan berputus asa dengan kehidupannya.

No comments:

Post a Comment