Pepatah arab ada menyebut:
"Mendidik anak kecil umpama mengukir dia atas batu, mendidk ketika anak dewasa seperti mengukir dia atas air"
Pepatah ini jelas menunjukkan mengapa perlunya kita bertindak lebih awal dalam memberi pendidkan kepada kanak-kanak.Mengukir dia atas batu, kita tahu apa ukiran yang hendak ditinggalkan, mengukir atas air?? mampukah kita????
Berikut adalah sedikit perkongsian saya tentang kepentingan pendidikan awal kanak-kanak:
- Rangsangan minda kanak-kanak di bawah umur 6 tahun adalah lebih jauh memberi kesan kepada peningkatan IQ dan EQ seseorang itu.Menurut Glenn Doman "every child born has, at the instant of birth, a higher potential intelligence than Leonardo Da Vinci ever used and it is easier to give one-year-old encyclopedic knowledge than it is to give it to a six-year-old". Sebab itulah Glenn Doaman menggelar tahun pertama kanak-kanak adalah tahun-tahun EMAS.
- Menurut Penaung PERMATA Dati Seri Rosmah Mansor pula, pendidkan awal kanak-kanak penting bagi meggarap bakat semulajadi yang dimiliki oleh setiap kanak-kanak supaya dapat membantu memajukan negara dan tidak dirampas oleh dunia luar.
- Menjadi pelapis negara dalam memberi pelbagai sumbangan
- Negara tidak akan kekurangan golongan cerdik pandai ke arah usaha mewujudkan transformasi
- Menjadi panduan kepada ibu bapa dan masyarakat dalam mendidk anak-anak
- Melahirkan kanak-kanak yang pekerti mulia dan mempunyai nilai dan etika
- Jika dipandang remeh, bakal merugikan negara
- Membantu meningkatkan perkembangan holistik kanak-kanak
- Merupakan asas sebelum menjejakkan kaki ke alam persekolah formal
- Menggalakkan pergaulan sosial antara kanak-kanak, ibu bapa dan masyarakat
No comments:
Post a Comment