Simple about Jean Piaget
Beliau dilahirkan pada 9 Ogos 1896 di Switzland dan merupakan seorang ahli psikologi dalam budang pendidikan.Beliau memberi tumpuan dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.Beliau meninggal pada tahun 1980.
Jean Piaget telah memperkenalkan 4 konsep utama dalam teorinya iaitu:
- Skema (schema)
- Penyerapan (assimilation)
- Pengubahsuaian (accomodation)
- Keseimbangan (Equilibrium)
Merupakan struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.Apabila seseorang bayi dilahirkan, ia akan mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan semakin diperhalusi.Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat, menyusun dan mengurus.Apabila seseorang bayi dilahirkan,skema sedia ada pada bayi ialah menghisap susu dengan menggenggam.Apa sahaja benda yang diamsukkan ke mulutnya akan dihisap.Seperti puting susu atau jari tangan.Bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya ada satu skema iaitu menghisap.
Asimilasi
merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat- maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada.asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman.Perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau kualitatif.
Akomodasi
merupakan penyesuaian diri dan oenghasilan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of schema).Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang sediaada maka ia akan diserap dan jika sebaliknya maka maklumat tersebut akan ditolak atau diubahsuai.Oleh itu, proses penyesuaian diri akan berlaku apabila skema yang sedia ada diubah untuk digabungkan dengan maklumat atau pengalaman baru yang berlaku pada peringkat asimilasi.Peningkatan maklumat dan pengalaman sediaada akan meningkatkan tahap skema kanak-kanak tersebut.Proses ini akan berlaku secara berterusan sehingga mereka mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap dalam sesebuah kemahiran.
Keseimbangan
Proses ini akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses asimilasi dan akomodasi.Sebagai contoh apabila kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya.Sekiranya berjaya,proses keseimbangan akan tercapai.Sebaliknya jika tidak dapat diserap , maka maklumat akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru.Jika maklumat baru itu dapat disesuaikan , maka tahap keseimbangan akan tercapai.Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi hingga dewasa.
PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF TEORI PIAGET
Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal
Peringkat sensori motor (0-2 tahun)
- penggunaan deria dan pergerakan fizikal sebagai saranan perkembangan kognitif berkaitan dengan persekitarannya
- Pengekalan objek (gambaran objek dalam memori)
- Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti yang bertujuan serta pengulangan proses ke bentuk asal
- Penggunaan minda sebagai medium pembentukan skema baru (perancangan)
- Perwakilan sesuatu objek melalui simbol
- Kemahiran berbahasa meluas
- Tidak mampu menguasai proses transformasi, keterbalikan dan penakulan
- sikap egosentrik
- Pemikiran secara logik dan masih terikat kepada situasi konkrit
- Kebolehan mengusai konsep pemuliharaan(conservation) yang terdiri daripada 3 prinsip asas iaitu identiti,ganti rugi (compensation) dan prinsip keterbalikan
- Penguasaan proses pengelasan berdasarkan trait
- Penguasaan proses penyusunan secara bersiri
- Pemikiran abstrak
- pemikiran sistematik
- kebolehan berhipotesis
- Egosentrik remaja( susah menerima pendapat orang lain dan rasa sering diperhatikan sekeliling)
Setakat ini sahaja perkongsian mengenai Jean Piaget...
diharap dapat memberi sedikit input buat semua....
till we meet again in the next post ^^ pyong pyong !!
No comments:
Post a Comment