bismillahirahmanirrahim..
pengunguman pembukaan tadika !!!
Tadika Nadie Ilmu merupakan satu tadika adalah milik penuh saya sendiri.
Tadika ini berkonsepkan gabungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan seorang ahli teori iaitu Johann Heinrich Pestallozzi.Di sini saya kongsikan sedikit maklumat mengenai Pestallozi
haa..ini la dia Johann Heinrich Pestalozzi..Beliau telah menyarankan pendidikan awal kanak-kanak berasaskan persekitaran alam semulajadi yang mana bertujuan untuk mengurangan pembelajaran berbentuk hafalan.Melalui kaedah pendidikan mengikut teori beliau, kanak-kanak perlu mengambil bahagian dalam proses pembelajaran dan aktiviti di sekolah agar apa yang dipelajari itu bermakna dan berasaskan pengalaman hidup yang sebenar.
Melalui pembelajaran mengikut kaedah ini, kanak-kanak akan terlibat secara penuh dalam aktiviti dengan penggunaan deria dan pembelajaran pula lebih kepada berkumpulan.Pelbagai manfaat boleh diperoleh dengan menggunakan gaya ini ke atas pembelajaran kanak-kanak.
Justeru iu.................
Tadika Nadie Ilmu akan menyediakan peluang pembelajaran ini kepada kanak-kanak yang tinggal di kawasan Bandar Kuala Berang, Terengganu terutama bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan Taman Padang Setengga , Kuala Berang, Terengganu.
Semua ibu bapa dijemput untuk menghantar anak-anak mereka ke tadika kami ini !!!!
Kami akan mula beroperasi pada 7 JANUARI 2015..
Yuran yang dikenakan amat berpatutan iaitu RM200 sahaja sebulan.Pelbagai aktiviti menarik akan disediakan dan pakar pendidik di Tadika Nadie Ilmu juga bertauliah dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ini.
Apa tunggu lagi??
Datanglah beramai-ramai mendaftar dan menjadi sebahagian daripada ahli Tadika Nadie Ilmu !!!
Lets learn and share the love...............
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi kami di:
no tel: 096816543
emel: tadikanadielmu @yahoo.com
“Children aren't coloring books. You don't get to fill them with your favorite colors.”
Friday, 27 December 2013
Tuesday, 26 March 2013
Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner
Sedikit perkongsian mengenai Howard Gardner
Beliau telah memperkenalkan kecerdasan pelbagai.Beliau dilahirkan di Seranton pada tahun 1943 dab berketurunan Jerman.Beliau telah mengarang 18 buah buku dan ratusa artikel.Antara contoh karangan beliau ialah The Dicipline Mind,what all student should understand,1999
Berikut merupakan teori kecerdasan pelbagai yang telah diperkenalkan:
Teori Konsruktivisme Jean Piaget
Teori Konstruktivisme Jean Piaget
Ahli psikologi kognitif yang paling terkemuka ini,
Jean Piaget, melihat kanak-kanak sebagai murid aktif yang belagak seperti
“saintis kecil”. Mereka membina teori sendiri tentang bagaimana dunia berfungsi
dan mencari jalan untuk mengesahkan hati nurani ini. Penyelidikan Piaget
tertumpu kepada bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan, yang biasanya
dipanggil sebagai “soalan epistemology”. Piaget berpendapat bahawa di sepanjang
hayat, manusia melalui satu urutan empat peringkat. Pemikiran secara
kualitatif.
Bayi memperoleh ilmu pengetahuan berdasarkan
pengalaman sensori penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau.
Kanak-kanak prasekolah berkembang daripada peringkat memperoleh ilmu
pengetahuan tentang dunia melalui persepsi mereka terhadap pengalaman sendiri
di dunia. Kanak-kanak yang lebih dewasa mula mengaplikasikan peraturan logik
untuk memahami bagaimana dunia berfungsi.
Remaja, dan Dewasa berkembang ke peringkat di mana
mereka boleh mengaplikasikan logik kepada situasi andaian (hypothetical) dan
sebenar.Sebagai tambahan, Piaget percaya bahawa manusia sentiasa mencuba memberi
pengertian tentang dunia dengan membuat membandingkan kefahaman dalaman mereka
tentang bagaimana dunia berfungsi dengan persekitaran luaran.
Beliau
mencadangkan empat prinsip konsep antaranya adalah satu proses berterusan
menyusun maklumat dan pengalaman ke dalam sistem mental atau kategori. Sistem
mental atau kategori persepsi dan pengalaman ini dinamakan skema. Ia sebenarnya
adalah pembinaan asas blok pemikiran yang membolehkan kita berfikir. Contoh
skema adalah skema minum, skema kategori, skema penyelesaian masalah matematik
dan lain-lain.
- Adaptasi
Dalam proses mengorganisasi struktur mental kita, kita akan membuat penyesuaian
terhadap persekitaran. Dua proses asas adalah asimilasi dan akomodasi.
- Asimilasi
Ia adalah proses memasukkan peristiwa baru ke dalam skema yang sedia ada. Ini
hanya seperti menambahkan data baru ke dalam fail data y ang sedia ada. Tetapi
data tersebut hendaklah sesuai dengan skema sedia ada. Dengan ini, asimilasi
melibatkan percubaan memahami sesuatu yang baru dengan cara menyesuaikannya ke
dalam sesuatu yang telah kita ketahui (Woolfolk, 1998). Contoh, pada peringkat
permulaan, seorang kanak-kanak akan memikirkan seekor hamster sebagai seekor
tikus belanda yang kecil. Kanak-kanak tersebut akan cuba memadankan pengalaman
barunya dengan skema yang sedia ada tentang cara mengenal pasti binatang.
- Akomodasi.
Ia berlaku semasa kita mengubah skema yang ada
dalam memberi respon kepada situasi yang baru. Ia melibatkan perubahan skema
sedia ada atau membentuk skema baru dalam memberi respon baru kepada maklumat
baru. Apabila maklumat baru tidak sesuai dengan skema yang ada, maka kita perlu
sesuaikan dengan pemikiran kita.Seperti contoh di atas, kanak-kanak tersebut
akan tambahkan skema baru untuk mengenali hamster kepada sistem lain untuk
mengenal pasti binatang. Ini dikatakan akomodasi.
semoga bermanfaat^^
PEDAGOGI BERMAIN
Pedagogi ialah
kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan
formal. Dengan kata lain, pedagogi ialah sains dan seni mengenai cara
mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran
yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu
bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses
pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah
dan juga interaksi guru-pelajar.
Pedagogi
moden selalunya membahagikan fungsi pengajaran kepada tiga bidang, iaitu
apa yang dimaksudkan oleh taksonomi Bloom. Menurut taksonomi bloom,
pengajaran boleh terbahagi kepada:
- Bidang Kognitif
Berkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa. - Bidang Afektif
Berkenaan dengan sikap dan sahsiah diri. - Bidang Psikomotor
Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan, dan sukan
JENIS-JENIS MAIN
Modul ini akan membincangkan dua jenis main iaitu pertamanya, main
sosial yang diutarakan oleh Parten (1932) dan jenis kedua ialah main
dengan objek atau main kognitif yang dipelopori oleh Piaget (1962)
kemudiannya dikembangkan oleh Piaget dan Inhelder (1969).
Main Sosial
Parten (1932) membahagikan mainan sosial kepada enam peringkat iaitu
perlakuan tidak menentu, main sendirian, main pemerhatian, main selari,
main assosiatif dan main koperatif.
Perlakuan Tak Menentu (Unoccupied Play )
Kanak-kanak berada dalam kawasan permainan tetapi belum terlibat dalam aktiviti bermain
Main Sendirian (Solitary Play )
Kanak-kanak bermain secara berasingan dalam kawasan yang sama tanpa menghiraukan kanak-kanak lain di keliling mereka.
Main Pemerhatian (Onlooker Play)
Kanak-kanak
berada dalam kawasan bersama kanak- kanak lain yang sedang
bermain sambil memerhati aktiviti mereka. Pemerhati ini
seringkali duduk secara pasif sambil membuat pemerhatian.
Selepas itu, ia mungkin meniru corak permainan mengikut apa
yang diperhatikan atau mungkin berbual dengan sebayanya.
Main Selari (Parallel Play )
Terdapat
beberapa kanak-kanak menggunakan cara atau alat permainan yang sama
tetapi mereka tidak berkongsi alat. Kanak-kanak berbual tetapi
tindakan seorang individu tidak bergantung kepada tingkah laku
individu yang lain.
Main Asosiatif (Associative Play )
Beberapa kanak-kanak bermain dalam kalangan mereka tetapi bukan dengan
cara yang teratur. Mereka mungkin main kejar-kejar tanpa peraturan
atau peranan yang dikenalpasti.
Main Koperatif (Cooperative Play)
Setiap kanak-kanak dalam kumpulan mempunyai peranan dan
perlu saling bergantungan untuk mencapai matlamat permainan. Main
koperatif merupakan satu bentuk kerja berpasukan.
Main dengan Objek/ Main Kognitif
Piaget (1962) membahagikan main kognitif kepada empat peringkat iaitu
main latihan atau main fungsional, main simbolik, main konstruktif dan
main dengan peraturan.
1. Main Latihan/ Main Fungsional
Main latihan atau main fungsional merupakan aktiviti di mana kanak-kanak
meneroka kepelbagaian bahan-bahan mainan. Orang dewasa juga mungkin
terlibat dengan mainan latihan apabila berdepan dengan bahan baru,
contohnya melatih untuk membiasakan diri dengan fungsi telefon bimbit
barunya.
Main fungsional ini mempunyai ciri pengulangan, manipulasi dan peniruan.
Sebagai contoh, kanak-kanak bermain memancing ikan olok-olok, dia akan
melakukan aktiviti mencangkuk berulang kali, meneroka teknik yang
terbaik sehingga ia memperolehi cara terbaik untuk menguasai kemahiran
tersebut.
2. Main Simbolik
Main simbolik melibatkan imaginasi dan kreativiti yang melibatkan
perkaitan fungsi mental yang kompleks. Dalam contoh aktiviti bermain
memancing, kanak-kanak menggunakan joran sebagai senapang atau penunjuk
konduktor okestra atau penunjuk papan tulis guru. Main simbolik
memberikan peluang kepada kanak-kanak mempamerkan kreativiti, kebolehan
fizikal dan kesedaran sosial.
Main simbolik termasuk sosiodrama di mana dalam permainan ini
kanak-kanak memegang sesauatu peranan kemudian melakonkannya. Sosiodrama
boleh melibatkan pengalaman sebenar kanak-kanak atau
berimaginasi,contohnya menidurkan adik atau menaiki roket. Mainan
simbolik menyediakan peluang untuk kanak-kanak memikirkan peranan masa
depan, menggunakan bahan untuk menyelesaikan masalah, meningkatkan
penggunaan bahasa, menghayati nilai moral dan budaya yang terkandung
dalam mainan tersebut.
3. Main Konstruktif
Piaget dan Inhelder (1969) menjelaskan mainan konstruktif sebagai
peningkatan daripada mainan simbolik di mana kanak-kanak perlu membuat
penyesuaian atau ciptaan untuk menyelesaikan masalah/menghasilkan
sesuatu. Sebagai contoh, kanak-kanak menggunakan kotak, bongkah, kertas,
pasir, doh dan sebagainya secara bergabung atau berasingan untuk
membina menara, kereta kotak, istana pasir, ‘figurine’ dan hasilan
kreatif yang lain.
Main konstruktif melibatkan bermain untuk membina pengetahuan dan
mengenali dunia. Bahan-bahan di persekitaran diguna pakai secara kreatif
dan fungsional untuk menghasilkan ciptaan mengikut daya kreativiti.
Main konstruktif memberi kepuasan dan kebanggaan kepada kanak-kanak
terhadap hasilan mereka. Kanak-kanak mempunyai kebebasan untuk memilih
dan membuat keputusan serta bertanggunjawab terhadap benda yang ingin
dihasilkan.
Guru perlu mengaturkan peluang untuk main konstruktif di kalangan
pelajar kerana ia merupakan aktiviti yang melibatkan aras pemikiran
tinggi, mencerakin persekitaran untuk menghasilkan sesuatu yang
bermakna.
4. Main Berperaturan
Dalam main berperaturan, kanak-kanak bermain mengikut peraturan yang
dipersetujui bersama ataupun mengikut batasan dan peraturan permainan
tersebut. Namun, peraturan mungkin berbeza mengikut daerah atau lokasi
yang berbeza. Sebagai contoh, permainan ketingting mempunyai cara dan
peraturan yang berbeza mengikut lokasi kawasan. Kanak-kanak juga mungkin
mereka cipta permainan berperaturan sendiri.
Permainan berperaturan ini dapat membantu perkembangan kanak-kanak dari
segi kognitif seperti kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah, mencari
alternatif, membuat andaian dan merancang strategi. Perkembangan sosial
dan emosi pula diperhatikan apabila kanak-kanak belajar mematuhi
peraturan, mengambil giliran, saling menghormati termasuk pasukan lawan,
berkomunikasi secara bersopan, berkompromi dalam rundingan serta
menghormati kemenangan dan menerima kekalahan dengan semangat
setiakawan.
^^ SEMOGA BERMANFAAT^^
Program PERMATA
Apa itu Program PERMATA???
KURIKULUM PERMATA
Teknik
pembelajaran PERMATA ialah dengan merangsang minda kanak-kanak dengan
kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan.
Kaedah ini mewujudkan persekitaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi
kanak-kanak melalui teknik-teknik berikut:-
- Kasih sayang dan belaian
- Interaksi dan komunikasi
- Pemikiran dan bacaan
- Memberi kuasa kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas
- Mendorong kebolehan dan potensi kanak-kanak
- Belajar melalui bermain
- Menghayati muzik dan seni, nyanyian dan pantun, tarian dan lakonan
Atas dasar ini, teknik pembelajaran PERMATA digubal dengan mengambil kira aspek-aspek seperti:-
- Pembinaan Hubungan Emosi, Kasih Sayang, Rasa Selamat dan Yakin Diri
* Melalui sentuhan dan belaian
* Melalui berkawan dan sosial
- Belajar Melalui Percubaan dan Penerokaan
- Membina minat membaca dan berfikir sejak awal
- Merangsang kemahiran matematik dan pemikiran secara logik
Program
PERMATA yang berteraskan pendidikan untuk kanak-kanak, telah bergerak
selangkah lagi kehadapan apabila Yayasan PERMATA ditubuhkan bagi
membolehkan pelaksanaan kesemua programnya dengan lebih terancang dan
tersusun.Yayasan PERMATA yang dilancarkan oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sejak tahun 2007
Antara program pembangunan pendidikan PERMATA yang telah dilaksanakan ialah program PERMATA Negara bagi kanak-kanak di bawah umur empat tahun, diikuti program kepimpinan dan pengurusan bakat untuk kanak-kanak pintar, cerdas dan berbakat iaitu program-program PERMATApintar, PERMATA Seni dan PERMATA Insan.Selain itu, penubuhan yayasan ini juga membolehkan pelaksanaan program-program PERMATA berterusan pada masa akan datang tanpa bergantung sepenuhnya kepada pembiayaan kerajaan.Kerajaan Malaysia telah menyumbang RM20 juta bagi pembinaan Fasa 1 yang boleh menampung seramai 150 pelajar. Di bawah Rancangan Malaysia ke-10 pula sebanyak RM54 juta lagi telah diperuntukkan untuk Fasa 2 bagi membolehkannya menampung seramai 150 orang pelajar lagi.Sekolah PERMATApintar yang telah pun memulakan operasinya awal tahun ini menyaksikan seramai 116 orang pelajar tingkatan empat mendaftarkan diri sebagai pengambilan pertama.Para pelajar ini dipilih melalui tiga jenis ujian saringan yang ketat dalam bentuk ujian IQ, ujian kebolehan (competency), ujian kebolehan kepimpinan selain dipastikan melepasi tahap kepintaran emosi yang kukuh. Setakat ini Yayasan PERMATA telah menerima sumbangan berjumlah RM4.4 juta daripada badan-badan korporat seperti Yayasan AlBukhary, Khazanah Nasional, Perbadanan Nasional Berhad, 1MDB dan Berjaya Corporation yang akan menjadi dana permulaan yayasan itu.Dana daripada yayasan ini dirancang untuk turut disalurkan sebagai biasiswa pendidikan pada masa akan datang untuk pelajar PERMATApintar yang terpilih.
Antara program pembangunan pendidikan PERMATA yang telah dilaksanakan ialah program PERMATA Negara bagi kanak-kanak di bawah umur empat tahun, diikuti program kepimpinan dan pengurusan bakat untuk kanak-kanak pintar, cerdas dan berbakat iaitu program-program PERMATApintar, PERMATA Seni dan PERMATA Insan.Selain itu, penubuhan yayasan ini juga membolehkan pelaksanaan program-program PERMATA berterusan pada masa akan datang tanpa bergantung sepenuhnya kepada pembiayaan kerajaan.Kerajaan Malaysia telah menyumbang RM20 juta bagi pembinaan Fasa 1 yang boleh menampung seramai 150 pelajar. Di bawah Rancangan Malaysia ke-10 pula sebanyak RM54 juta lagi telah diperuntukkan untuk Fasa 2 bagi membolehkannya menampung seramai 150 orang pelajar lagi.Sekolah PERMATApintar yang telah pun memulakan operasinya awal tahun ini menyaksikan seramai 116 orang pelajar tingkatan empat mendaftarkan diri sebagai pengambilan pertama.Para pelajar ini dipilih melalui tiga jenis ujian saringan yang ketat dalam bentuk ujian IQ, ujian kebolehan (competency), ujian kebolehan kepimpinan selain dipastikan melepasi tahap kepintaran emosi yang kukuh. Setakat ini Yayasan PERMATA telah menerima sumbangan berjumlah RM4.4 juta daripada badan-badan korporat seperti Yayasan AlBukhary, Khazanah Nasional, Perbadanan Nasional Berhad, 1MDB dan Berjaya Corporation yang akan menjadi dana permulaan yayasan itu.Dana daripada yayasan ini dirancang untuk turut disalurkan sebagai biasiswa pendidikan pada masa akan datang untuk pelajar PERMATApintar yang terpilih.
KURIKULUM PERMATA
Kurikulum PERMATA berbeza kerana ianya member
penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek
kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal. Antara
ciri-ciri penting dalam kurikulum PERMATA:-
- Kasih sayang dan belaian
- Interaksi dan komunikasi
- Pemikiran dan bacaan
- Memberi kuasa kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas
- Mendorong kebolehan dan potensi kanak-kanak
- Belajar melalui bermain
- Menghayati muzik dan seni, nyanyian dan pantun, tarian dan lakonan
Atas dasar ini, teknik pembelajaran PERMATA digubal dengan mengambil kira aspek-aspek seperti:-
- Pembinaan Hubungan Emosi, Kasih Sayang, Rasa Selamat dan Yakin Diri
* Melalui sentuhan dan belaian
* Melalui berkawan dan sosial
- Belajar Melalui Percubaan dan Penerokaan
- Membina minat membaca dan berfikir sejak awal
- Merangsang kemahiran matematik dan pemikiran secara logik
Berikut adalah dapatan ke atas hasil kajian penyelidikan yang dijalankan oleh NCDRC, UPSI:
- Perkembangan emosi :
- 84% kanak-kanak PERMATA mencapai perkembangan emosi yang baik berbanding 42% kanak-kanak Bukan PERMATA. Program PERMATA didapati berjaya membentuk personaliti kanak-kanak yang tenang dan terkawal, stabil, ceria, mesra, penyayang dan berkeyakinan diri;
- Perkembangan bahasa dan Komunikasi :
- 80% kanak-kanak PERMATA boleh menggunakan ayat penuh dan betul berbanding 51% kanak-kanak Bukan PERMATA;
- Kemahiran berkomunikasi :
- 72% kanak-kanak PERMATA boleh menggunakan bahasa ekspresi dan bercerita mengatasi 60% kanak-kanak Bukan PERMATA;
- Perkembangan sosial :
- 80% kanak-kanak PERMATA bersifat mesra, mudah bergaul/berkawan, berkongsi mainan, mengikut arahan dan menunggu giliran berbanding kanak-kanak Bukan PERMATA;
- Pengurusan Diri :
- 85% kanak-kanak PERMATA lebih pandai mengurus diri sendiri berbanding 60% kanak-kanak Bukan PERMATA;
- Perkembangan intelek :
- 85% kanak-kanak PERMATA mencapai kemahiran pra-sains berbanding 50% kanak-kanak Bukan PERMATA; dan
- Perkembangan rohani :
- kanak-kanak PERMATA lebih berdisiplin dan suka bersalam berbanding kanak-kanak Bukan PERMATA.
setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai PERMATA
semoga bermanfaat~~
ARNOLD LUCIUS GESELL
Sedikit perkongsian mengenai Arnold Lucius Gesell
Nama
sebenar beliau ialah Arnold Lucius Gesell. Rousseau mempercayai bahawa tingkah
laku berkembang menurut tahap-tahap atau jadual dalaman yang berlaku secara
semula jadi. Dengan perkataan lain kita namakan proses ini sebagai kematangan
biologis. Arnold Gesell (1880-1961) telah berusaha memulakan kajian kematangan.
Gesell dibesarkan di Alma, Winconsin, sebuah bandar kecil di pinggir Sungai
Mississippi bahagian utara.
Jadual perkembangan turutan tingkah laku menurut
Arnold Lucius Gesell
Arnold
Lucius Gesell (1925) telah berjaya menghasilkan jadual perkembangan turutan
tingkah laku (perkembangan motor) kerana beliau berpendapat bahawa semua
perkembangan berlaku mengikut pola dan urutan tertentu. Oleh itu, perkembangan
tingkah laku kanak-kanak boleh diramalkan. Contohnya, semasa berumur empat
bulan, Fahmi telah boleh merangkak, tingkah laku seterusnya adalah duduk dan
mula belajar berdiri. Peringkat perkembangan adalah berbeza-beza antara
seseorang induvidu dengan induvidu yang lain kerana kadar pertumbuhan adalah
berlainan bagi setiap induvidu.
Jadual
perkembangan turutan tingkah laku yang dihasikan oleh Gesell boleh dibahagikan
kepada lima peringkat. Pada peringkat pertama iaitu pada usia lahir hingga satu
tahun, ciri-ciri perkembangan tingkah laku yang dihasilkan pada usia satu bulan
menurut Gesell (1925) ialah bayi dapat menghasilkan tangisan berbeza-beza untuk
menyatakan kehendak yang berlainan seperti tangisan lapar adalah berbeza
daripada tangisan ketika lampinya basah. Pada usia empat bulan, koordinasi
fizikal berlaku pada bayi iaitu mata bayi boleh mengikut objek yang bergerak.
Misalnya
bayi dapat melihat kapal terbang mainan yang berpusing. Seterusnya, pada usia
enam bulan bayi sudah dapat menggenggam sesuatu objek misalnya bola, kubus
kayu, keringcing dan sebagainya. Pada usia tujuh bulan, bayi sudah mula pandai
duduk dan merangkak dengan sendirinya tanpa bantuan daripada orang lain kerana
pada masa ini otot leher, tangan, kaki, pinggul bayi sudah semakin kuat dan
membolehkan bayi duduk dan merangkak dengan cepat. Pada usia dua belas bulan,
bayi sudah mahir untuk melangkahkan kakinya dengan berpaut pada kerusi, meja
untuk mengimbangkan berat badanya.
Pada
peringkat keempat iaitu pada usia tiga hingga empat tahun, koordinasi dan
kematangan fizikal kanak-kanak sudah semakin kukuh misalnya boleh menunggang
basikal beroda tiga dan boleh menuruti arahan mudah daripada ibu bapa. Pada
tahap kelima iaitu pada usia empat hingga lima tahun, proses interaksi
kanak-kanak mula terbentuk kerana pada tahap ini kanak-kanak mula
bersosialisasi dan bergaul dengan rakan-rakan seusia denganya kerana pada masa
ini kanak-kanak telah bersedia untuk memasuki alam persekolahan iaitu ke kelas
pra sekolah. Pada peringkat ini juga kanak –kanak suka untuk mengemukakan
soalan kepada penjaganya samaada ibu, ayah, guru dan sebaginya untuk mengetahui
sesuatu pekara kerana kanak-kanak pada usia sebegini mempunyai sifat ingin tahu
yang sangat tinggi berdasarkan pemerhatian mereka terhadap persekitaran
sekeliling.
Aktiviti mengikut peringkat umur menurut Arnold
Lucius Gesell
Antara aktiviti yang boleh dilakukan pada setiap
peringkat umur mengikut teori Arnold Gesell ialah penerokaan permainan untuk
kanak-kanak berusia lahir hingga satu tahun.Pada peringkat pertama ibu bapa atau pengasuh sangat
memainkan peranan yang penting untuk memberi rangsangan yang positif dalam
membantu perkembangan bayi tersebut. Cara aktiviti ini dilakukan ialah letakkan
bayi di lantai atau ruangan yang lebih luas dan bersih kerana bayi memerlukan
ruang yang lebih luas untuk meneroka persekitaranya.
Seterusnya ibu bapa dapat memberi rangsangan kepada
bayi dengan memberi bayi pelbagai jenis permainan yang berwarna-warni, berbunyi
dan tidak mudah pecah kepada bayi misalnya kubus kayu, bola, keringcing untuk
menarik perhatian bayi bermain dan pada masa yang sama, ibu bapa digalakkan
untuk bermain bersama bayi dan memberi dorongan kepada bayi disamping dapat
mengawasi bayi tersebut. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat merangsang
perkembangan motor kasar dan motor halus bayi misalnya merangkak kerana pada
masa ini otot pinggul, bahu,tangan dan kaki bayi sudah semakin kuat dan bayi
dapat mengenggam atau memegang objek ketika bermain.
Pada peringkat kedua iaitu pada usia satu hingga
dua tahun, aktiviti yang boleh dilakukan ialah jalan bertatih. Aktiviti ini
boleh dilaksanakan di kawasan yang lapang dan luas seperti ruang tamu, lantai
yang mempunyai permukaan yang lembut, halaman rumah, taman permainan dan
sebagainya kerana bayi memerlukan ruangan yang besar untuk belajar berjalan.
Ibu bapa boleh memberi dorongan kepada bayi dengan membantu bayi ketika proses
bertatih dengan mendampingi anak dari belakang bagi mendapatkan sokongan yang
baik. Selain itu, alat bantuan seperti baby walker boleh digunakan bagi
membantu bayi semasa proses bertatih. Aktiviti ini juga akan membantu
perkembangan motor kasar dan motor halus bayi kerana pada usia ini bayi sudah
boleh melangkah kakinya dan dapat mengimbangkan berat badanya.
Seterusnya,
pada peringkat ketiga iaitu pada usia dua hingga tiga tahun. Aktiviti yang
boleh di jalankan ialah mengajar cara makan yang betul kepada kanak-kanak. Ibu
bapa boleh menggalakkan kanak-kanak untuk makan dengan sendirinya kerana
kanak-kanak pada usia sebegini kanak-kanak mampu untuk makan dengan sendiri
kerana pergerakkan motor halus iaitu koordinasi mata, tangan dan keseimbangan
badan kanak-kanak sudah sempurna. Ibu boleh memberi rangsangan kepada
kanak-kanak dengan meletakkan makanan yang lembut ke dalam bekas plastik
misalnya agar-agar, nestum dan sebagainya kemudian ibu hendaklah mengajar
kanak-kanak tersebut memegang sudu dan cara makan yang betul dengan pengawasan
daripada daripada ibu bapa. Seterusnya ibu atau bapa boleh memberi peneguhan
positif kepada kanak-kanak seperti pujian, bertepuk tangan jika kanak-kanak
berjaya menyuapkan makanan ke dalam mulut bagi merangsang kanak-kanak untuk
terus berusaha.
Pada peringkat keempat ialah menunggang basikal beroda tiga bagi kanak-kanak berusia tiga
hingga empat tahun. Ibu bapa atau penjaga
memainkan peranan yang penting dengan membantu kanak-kanak mengimbangi badan di
atas basikal beroda tiga. Ibu bapa juga perlu memberi rangsangan serta sokongan
kepada kanak-kanak supaya kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan aktiviti
berbasikal dengan pengawasan dan pemerhatian daripada penjaga dalam aktiviti
tersebut. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan perkembangan
motor kasar dan motor halus kanak-kanak kerana pergerakkan yang terlibat semasa
menunggang basikal beroda tiga ini mampu merangsang perkembangan tersebut.
Misalnya genggaman tangan dan kayuhan basikal merupakan salah satu contoh pergerakkan
motor kasar dan halus kanak-kanak.
Akhir sekali
pada peringkat kelima iaitu pada usia empat hingga lima tahun. Aktiviti yang
boleh dilakukan ialah bermain di taman permainan. Aktiviti ini boleh dijalankan
dengan penglibatan rakan-rakan yang sebaya yang seusia denganya. Ibu bapa atau
penjaga boleh membawa kanak-kanak tersebut ke taman permainan yang berdekatan
dan berikan kebebasan kepada kanak-kanak untuk bermain dengan rakan-rakan namun
masih dalam pengawasan daripada ibu bapa. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat
meningkatkan perkembangan sosialnya iaitu kebolehan kanak-kanak untuk
berinteraksi, bergaul dan bersosialisai dengan orang lain dengan cara bermain.
~~setakat ini sahaja perkongsian mengenai Arnold Lucius Gesell~~
semoga memberi manfaat untuk semua ^^
till we meet again in the next post
pyong pyong !!!
Subscribe to:
Posts (Atom)